Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!
Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :
- menyambung pelajaran;
- membeli sebuah rumah;
- berkahwin;
- berbulan madu;
- perbelanjaan rumahtangga;
- pendidikan anak-anak;
- mengerjakan ibadah Haji;
- perbelanjaan sewaktu persaraan;
- dan banyak lagi!
Jelasnya
di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita.
Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti
aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang.
Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai
matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam
jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya,
merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan datang.
Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun
Tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.
TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja
Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.
TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan
Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.
TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja
Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
Dan bukannya :
Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Maksudnya
di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang
diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah
digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.
TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)
Beli secara borong).
Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air
bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan
RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket)
yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti
yang banyak seperti pencuci rambut, sabun dan lain-lain barang
keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan
tersebut.
TIP 6 : Kad Kredit
Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest free period).
Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang
memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan
18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan
hutang.
TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!
Seterusnya,
jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan
perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan
kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus
dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia
pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan