Antaranya
ialah, anda akan mudah ditipu oleh penjual. Contohnya anda sudah
memindahkan duit anda ke akaun penjual, tetapi barangan tidak pernah
sampai di rumah anda. Kes ini banyak berlaku kepada semua pengguna yang
membuat keputusan melulu dan tidak meneliti identiti penjual.
Selain
itu, penipuan juga boleh berlaku dan hanya segilintir yang ada bukti
yang diperlukan untuk membuat laporan. Contoh penipuan yang dilakukan
ialah , penjual memberitahu kepada pembeli bahawa dia telah menhantar
barangan yang dipesan tetapi barangan itu tidak pernah tiba di rumah
pelanggannya. Masalah ini amat rumit untuk diselesaikan.
Faedahnya
pula, anda tidak perlu membazir masa untuk membeli barangan tersebut,
pembelian boleh dibuat di dalam rumah sahaja. Cepat, mudah tetapi
berisiko tinggi. Anda juga tidak perlu menggunakan tenaga dan serta
menjimat duit. Contohnya jika anda ingin pergi membeli di bandar, anda
mungkin memerlukan sekitar RM10-RM30 untuk membayar kos minyak kereta
pergi dan pulang.
Jika
anda pengguna yang bijak, sila simpan perkara yang boleh dijadikan
bukti untuk pembelian anda secara online, jadi tidaklah bersusah payah
untuk anda selesaikan kes penipuan. Anda boleh membuat aduan di Tribunal
Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Untuk maklumat lanjut, sila layari
laman web www.kpdnkk.gov.my.
P/S
: Jadilah pengguna yang berhelah dan jangan biarkan orang mengambil
kesempatan ke atas diri anda. Fikir dan teliti sebelum membuat sesuatu
dan jangan membuat keputusan secara melulu. Belilah barangan dari pihak
yang boleh dipercayai !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan