1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan
asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda
perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding
kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun
RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan
mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang
terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk
melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang
BESAR!
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika
syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang
untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang
disediakan untuk pekerja.
5. Menabung.
Pastikan
anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada
gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan
secara automatik untuk akaun yang berbeza.
6. Melabur.
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Pastikan
anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum
untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun
simpanan.
Tambah
nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja.
Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan
perbelanjaan yang tidak perlu.
8. Semak liputan insurans
9. Kemas kini wasiat
Ramai
orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa
terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda
mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak
membebankan kedudukan kewangan.
Lindungi
orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa
sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak
mempunyai wasiat.
10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika
anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas
pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan
tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan