Isnin, 28 Mei 2012

Kenapa Perlu Berjimat??




Belajar berjimat sangat penting dalam membantu kita untuk mengumpul duit yang banyak.Berjimat juga boleh membantu kita dalam meningkatkan taraf hidup kita pada masa akan datang. Berjimat juga mampu mengelak kita dari terjerumus dalam kebankrapan. Kebankrapan berlaku kerana hutang yang banyak kerana sikap kita yang boros dan tak pandai berjimat.
Kenapa kita perlu berjimat? Berjimat wang ringgit adalah untuk :
  1. Kecemasan, andai anda ditimpa musibah seperti dibuang kerja atau sakit yang menggunakan wang yang banyak. Simpanan anda dari penjimatan andalah yang membantu anda.
  2. Mengelak hutang, anda berjimat kerana mahu lari dari berhutang. Hutang kad kredit adalah paling berbahaya kerana faedahnya yang tinggi.
  3. Penggunaan masa depan, anda berjimat untuk anak2 anda, mengubahsuai rumah anda dan simpanan untuk hari tua anda.

Adakah anda nampak kepentingan berjimat? Pentingnya berjimat? Justeru, jimatkanlah wang ringgit anda kerana berjimat lebih banyak faedahnya daripada berbelanja lebih.

^_^ Ambillah Manfaat Daripada Entri Di Atas ^_^

Jumaat, 25 Mei 2012

Kedai Rakyat 1 Malaysia, Jimat Belanja Pelajar

KUALA LUMPUR: Penjualan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Pekan Siswa, Universiti Malaya (UM) berjaya membantu pelajar mengurangkan perbelanjaan harian terutama keperluan makanan dengan harga berpatutan. Selain itu, penjualan produk pertama beroperasi di institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan dapat membantu pelajar merancang perbelanjaan secara bijak memandangkan kos sara diri meningkat di bandar raya. 

Pelajar Fakulti Seni Persembahan, Ashari Sapar Mursalin, 24, berharap produk KR1M diperluaskan ke beberapa lokasi seperti di kolej kediaman penuntut memandangkan lokasi sekarang terletak jauh dari penempatan mereka. 

“Saya mencadangkan KR1M ini turut ditempatkan di kolej kediaman pelajar kerana kami menetap di Kolej Tun Syed Zahiruddin (KK9) yang terletak di luar kampus induk. 

“Jika kami ingin membeli produk ini, kami terpaksa menaiki motosikal atau menaiki bas. Secara tidak langsung, kami juga perlu mengeluarkan duit untuk kos pengangkutan,” katanya yang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana. 

Rakannya, Muhammad Gadaffie Sharani, 23, pula berkata, penjualan produk itu sememangnya membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah berjimat. 


“Bagi pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN, perkhidmatan ini mampu mengurangkan perbelanjaan dan penjimatan ini dapat disalurkan ke perbelanjaan lain,” katanya. 

Bagi pelajar Indonesia, Rachmawati Muhammad Husni, 20, ini adalah salah satu usaha yang sangat memberangsangkan daripada kerajaan berbanding negaranya yang tidak menawarkan perkhidmatan sebegitu. 

“Sebagai seorang perantauan, usaha ini sangat membantu saya untuk berbelanja secara berhemah kerana kos pengajian luar negara sememangnya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. 

“Menarik mengenai penjualan produk ini, dengan hanya RM10, saya mampu membeli lima barangan yang berbeza. Ini sangat menjimatkan dan saya sangat menyokong KR1M ini,” katanya yang sudah menetap selama dua tahun di Malaysia.
 



^_^ Ambillah Manfaat Daripada Entri Di Atas ^_^

Khamis, 24 Mei 2012

Faedah Perancangan Kewangan

Ramai orang menganggap perancangan kewangan  sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokan. Jika anda sentiasa hidup berjimat, sudah tentu anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan sekarang, bukankah begitu? Cuba fikirkan, jika anda perlu berjimat, anda masih boleh memperuntukan wang dengan sedemikian supaya anda mempunyai wang untuk keluar dengan rakan-rakan dan bersuka ria.


Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk lebih berseronok pada masa depan!

Dengan pelan kewangan peribadi, anda akan :
  • Mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. 
  • Mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling anda, seperti keluarga anda, kawan-kawan dan rakan sekerja, kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan  daripada orang lain.
  • Bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda.
  • Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan hanya  bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang.

Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya.

^_^ Ambillah Manfaat Daripada Entri Di Atas ^_^

Rabu, 23 Mei 2012

Dana Kecemasan




Dana Kecemasan


Dana kecemasan ialah sebuah dana yang anda buat bagi menampung perbelanjaan secara mendadak dan tidak dijangka. Contohnya :

Tayar kereta anda tiba-tiba bocor di tengah jalan, jadi anda memerlukan duit untuk menggantikan yang baru. Ini bermaksud kita amat memerlukan dana kecemasan.



Cara menyimpan duit di dalam dana kecemasan


Ramai yang tertanya-tanya, macam mana mereka boleh membuat dana kecemasan sendiri jika mereka tidak mendapat pendapatan yang mencukupi. Ini senang sahaja, banyak cara yang anda boleh guna untuk mendapatkan duit bagi dana kecemasan.
  • Selesaikan pembiayaan peribadi terlebih dahulu
  • Menjadi pengguna yang bijak menguruskan wang
  • Membahagikan duit untuk perbelanjaan setiap bulan
  • Membeli sesuatu yang perlu dibayar setiap bulan seperti "Astro", "Internet" atas kemampuan diri
Beberapa tips di atas amat berguna pagi pengguna yang ingin membuat dana kecemasannya sendiri. Beringatlah " Sediakan Payung Sebelum Hujan " dan juga " Apabila Hujan, Ia Akan Turun Dengan Lebat "



Dimana perlu menyimpan dana kecemasan


Pengguna yang bijak disaran menggunakan satu sahaja akaun untuk menyimpan duit bagi dana kecemasan supaya mudah untuk dibahagi dengan duit peribadi. Dengan satu akaun, penyimpanan anda akan berjalan dengan lancar dan teratur, anda juga tidak pening akan akaun yang mana telah anda menyimpan duit tersebut. Setakat ini sahaja entri pasal dana kecemasan, harap pengguna yang datang bertandang di sini dapat memanfaatkan isi-isi penting di dalam entri ini.

^_^ Ambillah Manfaat Daripada Entri Di Atas ^_^